Monday, January 5, 2009

Jom Makan-Makan!..

..weeehoooooo..jom kita intai-intai apa yg ada di sini..di mana?? di Pappa Kopitiam atau Pappa Rich..cawangan lain saya tak 'ketahuan' tapi yg saya tau kat Selayang Mall ada satu..hehe..mengikut sejarahnya (pada firasat sayalah..haha), Pappa mula2 menceburi bidang perniagaan dgn menjual roti mexico..tau tak roti mexico tu apa?? ermmm..roti mexico yg famous tahap gaban suatu ketika dulu ialah Roti Boy..'kegilaan' masyarakat kepada Roti Boy pada waktu itu adalah sebagaimana 'kegilaan' masyarakat sekarang kepada J.Co & Big Apple's Donut..nak beli Roti Boy sampai kena berbaris panjaaaaaaaaaaaaangggg..terkeluar dari garisan kedai susunan barisan itu..macam yg anda tengok di cawangan2 Donuts tu..hehe..ok, cukup setakat itu sejarah Pappa & Rotinya..jom kita makan pulak!..:-)


..ini sebahagian daripada menu2 yang disajikan oleh Pappa...

..interior & suasana di dalam kopitiam Pappa ini..nak kata tenang tak tenang jugak..but terasa lah seperti berada dalam kedai kopi zaman 70an..(walaupun pada hakikat saya sendiri belum berjalan & belum tau minum kopi saat itu..)



..Pappa Toast..sedap di makan begitu sahaja..oo Pappa Toast..:-p



..all time favourite..Cendol..tak payah pi Penang..Cendol Pappa marvelovous..haha


..Ice Lemon Tea..tiada keunikan..but saja2 tepek kat sini..hehe



..Pappa Curry Noodles..besar gadang mangkuknya..jika anda bernafsu biasa, boleh makan berdua..jika bernafsu luar biasa, belasah je sorang2 semangkuk gadang itu..haha..


..steam chicken yg rupanya hodoh seolah2 tidak berwarna tapi rasanya sedap..seperti ayam yg dimasak utk dimakan bersama Nasi Ayam tu..ada manis ada masin..disertakan dengan kuey tiow soup di bawah ini sebagai 1 set..kuey tiow soup boleh tahan sedap..semenjak kesihatan vokal saya tidak mengizinkan, menu pilihan saya ialah berasaskan soup..huhu..Cendol yg sedap tu pun saya terpaksa pandang aje..bilalah nak ok ni..tak sabar nak pi terjah Cendol Pappa..haha

..ini rupa mereka dalam bentuk set..




..ini set nasi lemak ayam Pappa..my mom cakap best giler..saya tak pernah cuba lagi..coz saya sedang 'puasa' nasi..hahaha..yo yo o je aku..


...ini teh 'o' bukan sebarang teh 'o'..ini teh 'o' paling 'world' pernah saya rasa..(saje pinjam tagline 'world' coz baru lepas 'terpaksa' tengok trek selebriti kikin..haha)


...kesimpulannya; jom kita ramai2 menerjah ke Pappa Kopitiam @ Pappa Rich utk menikmati Cendol, Hidangan Sup, Teh 'O' & Nasi Lemak 'world class' dengan lingkungan harga 'District Class'..haha..anda pasti tidak kerugian malahan untung kerana perut semakin mengembang tanpa batasan..haha..eh, jika anda nak tau di mana lagi cawangan pappa silalah layari web ini www.papparich.com . If tersilap bagi add, kemaafan yg ku pinta..& google ajelah nanti yea..haha..PEACE!

1 comment:

Mira Syamim said...

sedappppppppppppppnyeeeeeeeeee