Friday, January 9, 2009

Don't Cry 4 Me Malaysia..

...hari ini tercipta sejarah peribadi saya..eh semalam lah coz sekarang dah early morning kan..saya menitiskan air mata ketika menonton buletin tv3..clip yg memaparkan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin yg disediakan oleh tv3 & berlatarkan lagu yg syahdu itu cukup menyentuh hati saya..tanpa disedari air mata ini mengalir laju & lesu..huhu..mayat bergelimpangan..berlonggok2..& mereka saling membantu mengalihkan mayat tanpa memikirkan keselamatan diri..semangat yg ada dalam diri mereka patut kita contohi..ermmmm..dalam hati ini berkira-kira, aku perlu mengotakan kata untuk memboikot semua itu..ini yg boleh & paling mudah utk aku buat..kenapa tidak?? bukan??..so, i'll try my very best to do it..ermmm selagi terdaya lah kot..& if u guys nak menderma, ada 1 saluran yg terus sampai ke Palestin..ada disiarkan di TV3 news tu..try click web ni www.irm.gov.my lagi senang yg ni kot coz tadi ada ditunjukkan 1st delivery ke Palestin..so, memang pasti ianya akan sampai kepada mereka..& tadi ada jugak ditunjukkan clip interview dgn seorg rakyat Palestin yg 2 dari 3 anaknya menjadi mangsa kekejaman..kata beliau, "ini hak kami..tanah kami..kami tak akan menggadaikannya.."..saya kagum dgn semangat yg beliau ada..mempertahankan hak walaupun nyawa sendiri belum pasti bagaimana penghujungnya...kasihan bukan?..akan mampukah kita memperlakukan yg sama sekiranya kita kembali 'dijajah'?? sedar tak sedar sedikit demi sedikit 'hak kita' juga mula dipersoalkan & mohon dilenyapkan..'penjajahan minda' mula menakluki 'tanah tercinta' tanpa kita sedari..jika dibiarkan terus berlarutan, hak kedaulatan lambat laun akan terlepas dari genggaman..ermmmmm..sekadar mencoretkan apa yg terlakar di fikiran..PEACE!

No comments: