Pada 19hb Mei 2008 (it's my lil sister bday..:p), Tun M telah menggegarkan negara apabila mengumumkan beliau 'keluar' dari UMNO..ada pihak yang menghentam..ada pihak yang menerima keputusan ini dengan tenang atau mungkin ada juga yang 'gumbira'..
Tun M seorang negarawan yang ulung..yang telah mentadbir negara selama 22 tahun..banyak yang telah beliau rancang, laksana dan jayakan demi memastikan MalaysiaKu Tercinta ini membangun dan terus membangun di samping terus mengukuhkan kedudukan ekonominya..beliau dihormati bukan sahaja di kalangan Malaysia, malahan pemimpin-pemimpin dunia lain juga memuji corak pentadbiran dan kepimpinan beliau..pada 'hayat' pemerintahan beliau mungkin ada beberapa 'kesilapan percaturan' yang telah beliau lakukan..tetapi itu tidak bisa membutakan 'mata' dan 'hati' ini untuk tidak menghormati atau memperingati jasa-jasa beliau selama 22 tahun..
Malahan, keputusan beliau untuk 'keluar' harus dihormati kerana itu mungkin 'cara' beliau untuk menyatakan ketidakpuasan ke atas apa yang telah berlaku..atau mungkin ada 'sesuatu' di sebalik tindakan beliau itu...Tun M, seorang yang berpandangan jauh..seorang yang berani mengambil risiko..apa sahaja keputusan dan tindakan beliau, pasti berasaskan kepada 'sesuatu'..hormatilah keputusannya..kerana kita berdiri di atas negara demokrasi..setiap kita berhak 'memutuskan' yang dirasakan terbaik untuk kita..'hentaman' demi 'hentaman' hanya akan menyemarakkan dan menyerlahkan kepincangan kepada yang 'lawan'..
Walau apapun yang dikata orang..beliau tetap 'pemimpin' yang aku sanjungi dan hormati 'dulu, kini & selamanya'..kekhilafan yang secubit cuma tidakkan berkudis mahupun berbisa..ku pekakkan telinga & butakan mata..kerna jasanya tidak ternilai harganya di dunia..
PEACE!