..saya terpanggil utk berkongsi sesuatu dgn anda..daripada apa yg saya baca dalam akhbar hari ini, Berita Minggu 21 Jun 2009 dalam ruangan Gaya..tiada kaitan dgn saya buat masa ini kerna saya belum mempunyai anak..tetapi disebabkan saya suka membaca & menambah pengetahuan, segala ruangan di akhbar/majalah/buku menjadi santapan saya..ruangan Gaya hari ini menampilkan tajuk berkaitan dgn penggunaan Lampin Kain utk bayi..masa zaman saya kecik2 dulu penggunaan Lampin Kain memang meluas..tetapi tidak lagi kini kerna Lampin Pakai Buang (LPB) telah memonopolinya..mereka2 yg berpendapatan sederhana juga mampu membeli LPB ini..
..Namun apa yg saya baca hari ini agak mengejutkan..LPB dikatakan mengandungi bahan kimia antaranya dioxin yang juta toxin bersifat karsinogen iaitu penyebab kanser. Dikatakan juga ramai tidak sedar bahan kimia digunakan utk menyerap lembapan di dalam bentuk gel pula diperbuat daripada sodium polyacrylate, penyebab utama ruam dan radang pada kulit bayi. Dinyatakan satu kajian dijalankan di Jerman mendapati pemakaian LPB boleh dikaitkan dgn penyakit asma selain boleh menjejaskan kesuburan bayi pada masa depan..
..dari sudut lain pula LPB ini diperbuat daripada plastik & kertas..Sehelai LPB ini akan mengambil masa sehingga 500 tahun utk mereput dgn sendirinya manakala lampin kain diperbuat daripada bahan kapas lebih selesa & selamat..dipetik juga artikel akhbar Wall Street Journal yg menyatakan bayi memakai LPB terus menggunakannya sehingga berusia 36 hingga 42 bulan sedangkan bayi yang memakai lampin kain dpt mengawal pembuangan air kecil & besar setahun lebih awal..
..ermmm..apa kata anda?? mengejutkan bukan??..cuba2lah 'surfing' utk mendapatkan kepastian akan perkara ini..if saya punya masa & menemui artikel yg lebih kurang ceritanya, akan saya tempek di sini..;-)..menarik juga utk di kongsi, Lampin Kain kini telah dimodenkan & menampilkan pelbagai jenis design & cara pemakaian yg mudah sebagaimana LPB..khabarnya di barat telah ramai yg menggunakan lampin kain moden ini..apa2pun tepuk dada tanya selera anda..PEACE!




















