..lets talk about love..hehe..suka saya nak berkongsi dgn anda kisah cinta wanita yg layak digelar nenek atau tok nyang ini..saya terbaca tentang kesinambungan kisah cinta ini dalam akhbar Kosmo, 4hb Disember 2008..3 tahun lalu jika anda masih ingat, kita dikejutkan dengan berita seorang nenek berusia 103 tahun berkahwin dengan jejaka berusia 34 tahun..sudah tentu pada waktu itu bermacam andaian timbul difikiran kita..tentu ada yg menyangka perkahwinan mereka tidak akan kekal lama..tetapi syukur kepada Tuhan setelah 3 tahun melewati, bahtera perkahwinan yg dibina masih kukuh dilayari..& setelah membaca kisah 3 tahun alam perkahwinan mereka ini, terdetik rasa kagum dengan 'kasih sayang' & 'cinta' yang tersemat dalam diri pasangan ini iaitu Wook Kundur (106 thn) & Mohd Nor Musa (37 thn)..pasangan ini menetap di Kuala Berang, Terengganu..mungkin benar Mohd Nor ikhlas memperisterikan nek Wook ini..yea tak? if tak, takkan boleh bertahan sampai 3 tahun..
Saya sukakan kata-kata Mohd Nor tentang bagaimana beliau berhadapan dengan tohmahan yg dilemparkan apabila memilih untuk mengahwini nek Wook..."Memang semua ini luar biasa. Saya memilih semua ini. Apabila saya membuat sesuatu pilihan, saya tidak berundur lagi. Mungkin orang melihat saya tidak berpelajaran. Betul, saya tidak ada sijil peperiksaan yang hebat, bersekolah pun tidak tinggi. Kalau itulah ukurannya, memang saya tidak ada harga diri dalam masyarakat, tetapi jangan lupa bahawa kehidupan juga satu penilaian kehidupan. Hari-hari yang kita lalui juga adalah salah satu daripada jenis persekolahan dan kadang kala di situlah kita mampu belajar dengan lebih bijaksana.."...
& jika anda menyangka Mohd Nor tidak mendapat 'sepenuhnya' kenikmatan perkahwinan, ternyata anda silap..hehe..baca petikan ini :-).."Sepanjang tiga tahun beristerikan Wook, dia mampu mengecapi nikmat hidup sama ada dari aspek jasmani mahupun rohani. Jelasnya, Wook yang sudah pun berpengalaman mendirikan rumah tangga sebanyak 21 kali sebelum berkahwin dengannya ternyata tidak mengecewakannya. Menurutnya, Wook mempunyai keistimewaan daripada kedua-dua aspek itu, malah pintar dan 'perkasa' menjaga tanggungjawab 'di tempat tidur'. Lelaki budiman ini mendakwa, Wook meneruskan amalannya iaitu mengurut tubuh sendiri setiap awal pagi dan selepas solat Isyak untuk memastikan dirinya terus sihat.." ...ermmmm benarlah kata omputih, don't judge a book by its COVER..hehe...so guys tunggu apa lagi..mulalah mengurut diri sendiri..hopefully tidak terlewat utk mengamalkannya..haha..eh, ada ke lagi spesis LELAKI yg macam ni?? i mean yg sanggup menerima WANITA itu seadanya dia..& tidak mengharapkan WANITA itu terlalu SEMPURNA?? ada ke? bak mai sorang!! hahaha...


1 comment:
semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat..
Post a Comment