..seperti yang diperkatakan pada hari Sabtu yg lalu saya hanya akan menghabiskan hari Ahad saya dengan relax & bersantai di rumah..& itu yang dilakukan oleh saya..hehe..seawal jam 9 pagi (awal ker?? haha) saya telah melepek di depan tv & mulai menonton saluran yang saya sukai...pilih punya pilih akhirnya saya tertarik dengan saluran Hallmark yang menawarkan movie ini, THEIR EYES WERE WATCHING GOD yang diterajui oleh Halle Berry..saya tertarik untuk menonton filem/drama ini kerna pernah mendengar & menonton ianya didiskusikan dalam talkshow OPRAH..& OPRAH juga yg menerbitkan filem/drama ini yang diadaptasi daripada sebuah novel..jika anda bukan seorang yang sabar, mungkin ianya cukup membosankan..bukan nak kata saya penyabar..saya pun tidak terlalu sabar jugak tapi demi untuk melihat perjalanan hidup seorang wanita bernama Janie (Halle Berry) ini, saya pertingkatkan tahap kesabaran saya..hehe..filem ini berlatarbelakangkan masyarakat kulit hitam pada thn bila saya lupa lah pulak..yg pastinya sebelum menuju kemodenan..
..ketabahan wanita ini mengharungi hidup & pencarian 'cinta sejati' yang didambakan menarik hati saya..seawal usia 17 tahun Janie telah dipaksa kahwin dengan lelaki tua (maybe umur dlm lingkungan 60 thn) hanya kerna neneknya mahukan beliau kahwin dgn org KAYA..alasan neneknya, "he have 60 acres.."..maksudnya tanah ler..berapa pun luas tanah itu tak dapat membahagiakan dia..tak dinyatakan berapa lama dia berkahwin dgn org tua ni..hehe..& kemudian muncul lelaki ini, Joe Starks (maybe dlm 30 - 40 thn usianya) yang pada ketika itu 'melalui' jalan dihadapan rumah Janie & melihat keletah Janie yang mengejar KHINZ membuatkan Joe 'tertarik' & terus menyatakan sekiranya Janie berhasrat mencari 'pembaharuan' dlm hidup dia bersedia menanti Janie keesokan harinya..setelah puas berfikir panjang Janie nekad 'lari' bersama Joe..pada awal perkahwinan cukup membahagiakan tetapi ianya berubah apabila Joe menjadi Datuk Bandar..kerna Janie 'terpaksa' mengikut rentak suaminya atau lebih tepat mengikut 'acuan' yang disediakan & dikehendaki oleh suaminya itu..selama 20 thn Janie hidup bersama Joe tapi 'kebahagiaan' yang dia cari masih belum ditemui..perselisihan faham berlaku disebabkan sikap Joe yg terlalu meng'control' keadaan..
..sehinggalah Joe mati, kebebasan & kebahagiaan yang dicari akhirnya ditemui..kemunculan lelaki bernama TEA CAKE yg betul2 mencintainya menyebabkan Janie sanggup meninggalkan kekayaan yg diwarisi daripada Joe itu untuk hidup bersama-sama Tea Cake..wpun tanpa kemewahan & hidup dalam 'pondok buruk', Janie lebih bahagia..tapi malangnya kebahagiaan itu juga tidak lama kerana Tea Cake juga mati..cara kematian yg cukup tragik kerna ditembak oleh Janie sendiri..Tea Cake menghidap penyakit 'anjing gila' (ada ke nama penyakit ni..)..Tea Cake digigit anjing gila ketika hendak menyelamatkan Janie dari dihanyutkan banjir besar..disebabkan penyakit itu tidak terkawal lagi Tea Cake hilang kewarasan..dengan terpaksa Janie terpaksa menembak Tea Cake..& akhirnya Janie kembali ke rumah warisan Joe untuk meneruskan hidupnya..kesian kan..
..moral of the story..jangan putus asa untuk terus mencari kebahagiaan dalam hidup..kerna dihujung sana pasti ada sinar kebahagiaan untuk kita walaupun kepayahan & kesukaran terpaksa kita lalui dalam mencari kebahagiaan yang hakiki..jika tidak 'di sini' mungkin 'di sana' nanti kebahagiaan yang kita cari akan kita miliki..kerna perjalanan & takdir hidup kita telah tersedia direncana 'di sana'..macam Janie, wpun tidak dalam tempoh yang lama sekurang-kurangnya dia dapat menikmati 'rasa' cinta & kebahagiaan yang sebenar...:-)..renung-renungkan & selamat mencari! hahaa...PEACE!

No comments:
Post a Comment